21 Julai 2009 (Selasa)-Pic ni aku snap masa bebudak aku sibuk dinilai oleh cikgu2 dari Zon Peserai..Ntah la ape yg dijawab oleh bebudak nie..Tp aku rasa ok la..heheheh..tgk la saper chegunyer..hahaha..xtau la..perkembangan budak x sama..ada yg cepat ada yg lambat..So Ibubapa pn kena la mainkan peranan masing2..x leh arpkan masa hanya 31/2 jam kat tbk jer.. so kat si ni aku terangkan sket nape perlunya penilaian kanak2 nie di buat
Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah.penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secaraberterusan. Ianya adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan.
0 comments:
Post a Comment