Saturday, July 25, 2009

Award From Miss FloRa.

Time Kasih Bebanyak To Miss Flora 4 the Award..Keep Blogging 4 everything..THANKZZZ

PENILAIAN KNK2 APRIL-JULAI

BaHasa Dan KomuNikaSi Bersama Chegu RosZidiaNa
Pendidikan Moral bersama Cekgu RabaaH
Perkembangan KoGniTiF bersama CikGu Shamsiah
KhuSyukNyer DeLaila..YAkin Betul Ke Tuuu
KeRoHaniaN & MoraL BersaMa Cikgu Normadiah
EnglisH language With Teacher SaFaliNa
HePinYer Adik-Adikku

21 Julai 2009 (Selasa)-Pic ni aku snap masa bebudak aku sibuk dinilai oleh cikgu2 dari Zon Peserai..Ntah la ape yg dijawab oleh bebudak nie..Tp aku rasa ok la..heheheh..tgk la saper chegunyer..hahaha..xtau la..perkembangan budak x sama..ada yg cepat ada yg lambat..So Ibubapa pn kena la mainkan peranan masing2..x leh arpkan masa hanya 31/2 jam kat tbk jer.. so kat si ni aku terangkan sket nape perlunya penilaian kanak2 nie di buat

Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah.penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secaraberterusan. Ianya adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan.









Thursday, July 16, 2009

1st Awards 4 My Blog

Ha..ha..ha..1st time dapat award..thanks for virginbitter 4 the award..chayok!!!..chayok!!!

Friday, July 3, 2009

Best Gak Layan



Pada asalnya aku tak "teruja sgt untuk mengikiuti slot drama nie kat tv3..ntah naper lepas tgk episod kedua..aku mula minat nk mengikuti kisah seterusnya..sampaikan aku tertinggal satu episod pn aku cari gak kat internet..fullamak..teruja la katakan..(time lek kampung..dalam bas tak der tb) skrang nie dh episod 6..tergerak hati aku nk kongsi citer nie ngan kawan2 yg tak suka tgk drama melayu...bagi aku tak semua citer melayu stereotype.ada gak yg ada ump..mcm citer Nur Kasih nie...tahniah la buat Khabiar Bahtiar pengarah muda kelahiran New Delhi yang membuka lembaran baru bagi industri perfileman dan drama tempatan..pujian harus gak d beri kepada Mira Mustafa,Maizura Mohd Ederis dan Mariana Hashim d atas penghasilan skrip yang aku kira cukup mantap..

ok..kat sini aku sertakan sket sinopsis yang aku cr hehe bkn aku tulis..baca la.. mana tau lepas nie korang2 yg x minat citer melayu tertarik hati nk mengikuti citerni cm aku...

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?